Friday 4 May 2012

solat tiang agama~~ ^_-


SOLAT adalah acuan terbaik bagi membentuk peribadi mulia,,

kerana ia ibadat paling disukai Allah selain menjadi tiang agama Islam. Solat yang khusyuk menunjukkan kerendahan jiwa yang maksimum di depan Allah.



Bermula dengan berada pada kedudukan yang tinggi ketika berdiri, disudahi dengan kerendahan dan kehinaan ketika berada pada penghujung solat dengan keadaan duduk merendahkan diri di hadapan Allah.



Solat membawa pengertian doa terkandung dalamnya zikir dan tasbih memuji kebesaran Allah. Antara zikir paling utama dalam solat ialah tahiyyat yang dibaca dua kali pada rakaat kedua dan terakhir, penuh kepujian terhadap Allah dan Rasul-Nya serta penghormatan kepada hamba yang salih.

No comments:

Post a Comment